Blog Kaunselor Daerah Hulu Langat

Home | Daftar Blog Sek Anda | Pendaftran Ahli | Daftar Blog | Buletin Kedua | Favorite Links | Sejarah | Hubungi Saya | Galeri Foto | Informasi Alumni | Pesanan Luqman | Berita | Takaful Malaysia | Anakku Sayang

Sekolah Baru; Sebenarnya separuh dari guru-guru SK Bangi akan dipindahkan ke SK Sri Putra.Sekolah baru akan diambil alih oleh orang baru dan tidak mempunyai jalinan yang mantap lagi dengan sekolah lama, pentadbir baru mempunyai cara baru. Senarai guru untuk dipindahkan sudah ada, cuma masa yang akan menjawab. Adalah lebih baik anak yang akan mengambil UPSR di kekalkan (pada pendapat saya) di SK Bangi, manakala anak yang berada di tahun bawah elok kalau  mahu dipindahkan ke sana. Satu lagi, pada mulanya, sekolah baru tidak akan membuka semua kelas, kecuali tahun 1,2,3 dan 4 sahaja dahulu.

Puan Rohaini Rokani bercuti 3 tahun mengikuti suaminya belajar di Jepun
 
Puan Roza Al-Akmarizan (staf sekolah)berjaya melahirkan anak perempuan 

Bingkisan indah buat insan yang bergelar cikgu - Selamat Hari Guru!
Nyza

Saya hampir terlupa akan 'tarikh istimewa' hari ini, sedangkan dua tiga hari sebelum ini saya sudah merakamkan dalam kotak fikiran akan pentingnya tarikh 16 Mei ini. Benarlah kata orang, bila tiba waktunya kita pasti lupa. Hinggalah rakan sepejabat menyebutnya. Ya, 16 Mei sememangnya tarikh yang paling bersejarah bagi semua guru di mana tarikh ini dinobatkan sebagai Hari Guru.

Dan saya hampir terlupa untuk menitipkan ucapan ini buat insan bergelar guru yang paling dekat dengan saya- ibu yang telah hampir 30 tahun berkhidmat sebagai guru, ayah yang telah pun bersara dari profesyen ini serta suami sendiri yang juga seorang guru.

Mana mungkin saya boleh lupakan wajah-wajah yang pernah mendidik saya sedari tadika, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Dan saya juga yakin, pembaca lain juga mempunyai nostalgia yang paling bermakna dengan guru. Sama ada kita pernah dipuji atau dimarahi, di rotan atau dicubit, semuanya menjadi kenangan yang melontarkan kita bersama kedewasaan hari ini.

Apabila membaca dalam akhbar hari ini, pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli menghadiahkan ubi kayu dan nangka kepada dua orang guru mereka, membuatkan saya tersenyum sendirian. Ingatan saya segera terlontar pada kenangan lalu.

Saya masih ingat hadiah pertama yang saya berikan kepada guru sewaktu saya berada di darjah dua di Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok. Malam sebelum sambutan hari guru, saya memberitahu ibu bahawa keesokan hari kami tidak belajar kerana ada sambutan hari guru.

Sebelum itu saya kurang mengerti di sebalik sambutan hari guru. Jelas ibu, kalau Hari Guru, tanda ingatan pada guru, mesti bagi hadiah kepada guru terutama kepada guru darjah.

Segera terlintas di fikiran saya wajah guru kelas, Cikgu Siti. Lantas saya bertanya pada ibu, apa hadiah yang harus diberikan. Untuk membelikan sesuatu, sudah lewat malam, kedai sudah ditutup. Ibu memberi cadangan hadiah yang perlu diberikan.

Pada mulanya saya tidak bersetuju kerana malu dengan hadiah tak seberapa itu. "Tak apa, nanti cikgu dapat letak atas meja guru, dapat guna untuk lap mulut dan sapu tangan.Nanti ma balut cantik-cantik, mesti Cikgu Siti suka," pujuk ibu.

Akhirnya saya bersetuju dengan hadiah cadangan ibu. Keesokan paginya dengan hati yang berbunga bercampur malu saya menyerahkan hadiah tersebut kepada Cikgu Siti.

Pada mulanya saya agak malu kerana hanya saya seorang yang membawa hadiah. Rakan-rakan lain sibuk bertanya apakah kandungan hadiah yang saya berikan. Ada yang cuba meneka.

Ada yang mengatakan kasut, ada juga mengatakan baju kurung, mungkin disebabkan bentuk kotak tersebut. Saya hanya menunduk, malu untuk menerangkan jenis hadiah tersebut.

Cikgu Siti ternyata gembira dengan hadiah yang saya berikan. "Terima kasih, inilah hadiah pertama saya sempena Hari Guru ini," masih terngiang kata-kata Cikgu Siti.

Betul kata ibu. Hari seterusnya saya melihat sekotak tisu yang saya berikan berada di atas meja Cikgu Siti dalam bilik guru. Walaupun hadiah yang saya berikan 'tidak kekal dan akan habis', saya sudah cukup bangga apabila ia digunakan cikgu tersayang.

Itu kisah sewaktu saya berada di sekolah rendah dan baru sahaja mengenal alam persekolahan, serta di saat baru sahaja fasih membaca.

Saya bukan hendak bersikap tidak adil terhadap guru-guru yang lain walaupun saban tahun setiap kali Hari Guru saya tidak lupa menitipkan hadiah untuk Cikgu Siti.

Mungkin kerana Cikgu Siti guru yang banyak memberi saya semangat terutama pertama kali saya berhadapan dengan orang ramai sewaktu menyertai pertandingan bercerita.

Walaupun ayah saya juga mengajar bahasa melayu, Cikgu Sitilah orang pertama yang mengajar saya supaya mencintai bahasa Melayu serta rajin membuat karangan.

Mungkin bagi seorang guru bukan jenis hadiah yang diberikan tetapi tanda ingatan serta menghargai pengorbanan dan jasa mereka.

Walaupun hanya ubi kayu dan nangka, hadiah tersebut mungkin cukup bermakna bagi seorang guru, tanda ingatan muridnya. Bagi seorang guru, melihat kejayaan anak-anak murid mereka, satu hadiah yang cukup bermakna bagi mereka. Justeru, tidak hairanlah jika ada mengatakan selepas ibu bapa, gurulah yang menjadikan kita 'manusia sebenar manusia'.

Saya masih ingat pesan ibu, "Jangan menderhaka kepada guru kerana kelak nanti kita akan menyesal kemudian hari kerana apa yang diperkatakan guru, bukan untuk menjadi kita orang yang susah sebaliknya menjadikan kita manusia yang sebenar".

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik! - mr

Emel Dari Member SKBangi-net saya fikir usaha pihak sekolah sudah cukup membanggakan. memang sukar untuk kita terima mengapa masih ada ibubapa yang kurang prihatin terhadap pendidikan anak mereka. tetapi janganlah pihak sekolah mudah patah semangat. saya syorkan pihak sekolah 'take that extra mile' untuk 1) menghubungi terus ibubapa melalui telpon. minta pengerusi hubungi langsung ibubapa pelajar terbabit. dan jikalau masih gagal dihubungi 2) minta tolong pengerusi dan atau ajk pibg untuk bertandang kerumah pelajar terbabit. mungkin ini agak sukar dilakukan tapi saya percaya usaha ini akan membuahkan hasil. insyaallah. Dr Yusof, Bandar Seri Putra

Assalamualaikum/selamat sejahtera,

Ayahlong dapat tahu ada sebuah pusat tuition di BS Putra menawarkan tuition percuma kepada anak-anak yatim. Kalau ada kenal mana-mana anak yatim boleh bawa ke pusat tuisyen tersebut di No 23, Jalan Sri Putra 1/4. Mengikut notis yg ditampal pada pintu, pemohon kena bawa sijil kematian ibu/bapa. Sila sebarluaskan makluman ini.

"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The great teacher inspires" (Willian Arthur Ward).

Ayahlong , BB Mahkota

Emel Pembaca