Blog Kaunselor Daerah Hulu Langat

Buletin Kedua

Home | Daftar Blog Sek Anda | Pendaftran Ahli | Daftar Blog | Buletin Kedua | Favorite Links | Sejarah | Hubungi Saya | Galeri Foto | Informasi Alumni | Pesanan Luqman | Berita | Takaful Malaysia | Anakku Sayang

SALAM Luar Biasa Hebat. Anda Kaya Hari ini ? Atau dah Miskin? Sabda Nabi SAW ”Barangsiapa yang bangun di waktu pagi, lalu dia dapati dirinya (1) sihat, ada (2)tempat berteduh bagi dirinya dan keluarga dan ada (3)makanan untuk dia makan pada hari itu, maka dia termasuk orang yang kaya.” Itulah barometer yang saya pakai untuk mengukur kekayaan seseorang. Kalau dia banyak harta, tapi sakit-sakit, dia miskin. Sakit pun ada dua jenis, satu sakit zahir dan satu lagi sakit batin. Seorang doktor dan juga penulis di Indonesia dalam bukunya berkata, ”Orang yang tak solat, adalah orang yang sakit jiwa dan rohaninya”
OK lah, kalau semua sihat, syukur pada TUHAN yang memberi nafas untuk kita terus bernyawa. Tahu kah anda sekalian, setiap jam kita bernafas 1430 kali, dan setiap keluar masuk nafas itu, TUHAN bertanya kepada kita, apa kamu buat ketika itu?
Jangan lupa dan Jangan Tak Tahu. Anda Pernah Baca buku-buku karangan Dr.Tuah? Buku beliau Nak ke Tak Nak terpaksa diulang cetak, penerbitnya (didalam buku Jangan Tidak-tidak) menyebut, ini kerana gaya bahasa beliau yang seoalah kita sedang berdepan dengannya. Ramai orang memuji dan tertarik untuk membacanya. Dari tidak peduli pada buku, menjadi orang yang sukakan buku dan saya salah seorang yang sukakan gaya bahasanya. Pernah baca tafsir Surah Hud? Demikian juga bahasanya.
AL-FATIHAH. Buletin kali ini keluar pasal nak bercakap sempena hari guru. Selamat Hari Guru pada semua guru, dan dalam bergembira mari kita kenang sejenak guru-guru kita yang pernah mengajar kita Al-Quran Fardu Ain, dan juga guru sekolah rendah dulu-dulu yang sudah pergi jauh meninggalkan kita, dan sekarang mereka sedang berada jauh di dalam lapisan tanah keseorangan tanpa sesiapa. Tanpa mereka dulu, mungkin kita tak jadi macam ni. Mari ibu, tuan dan murid ku sekalian, kita bacakan Fatihah untuk mereka semua, kalau boleh kita ingat dan renung sorang-sorang nama mereka tu, ingat jasa-jasa mereka, dengan kekayaan yang tiada, hanya kudrat tak seberapa, mereka mendidik kita hingga menjadi manusia yang berguna sekarang.Al-FATIHAH. Dan jangan lupa, guru kita yang pertama ialah IBU kita. Dan ada kalam hukamak menyebut, orang yang mengajar kamu walau satu HURUF, dia itu adalah guru bagimu.(Kalau tak silap, ini jugak hadis Nabi)
Terima kasih, semoga roh mereka beroleh rahmat TUHAN dihari ini, besok mungkin kita pula akan menyusul, tapi siapa ya yang akan bacakan fatihah untuk kita?? Kata orang harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Ye ke? Saya pernah hadir ceramah motivasi di sebuah hotel, seorang narasumber (penceramah) berbangsa Cina memanggil seorang ke depan, ”siapa nama kamu ? Ayah kamu ? Atuk kamu ? Ayah atuk kamu? Semua soalan dia boleh jawab, kecuali soalan yg terakhir itu, terdiam dia, apalah engko ni...atuk sendiri pun tak tahu nama.
QULYA. Boleh tuan kutip pengajaran kat situ? Maknanya, kalau kita meninggal nanti, ada anak nak ingat dan sedekahkah Qulya paling tidak. Cucu? Mungkin ada dan mungkin tidak. Cicit? Hah, sampai disini, nama kita hilang, tak seorang pun tahu, padahal tanpa kita mana akan ada mereka semua tu. Sedihnya, duduk dalam kubur berapa lama nak tunggu kiamat, orang tak ingat kita, kalau ada Hand Set dalam kubur boleh lah kita call atau sms sape-sape di rumah dan berpesan, janganlah lupa aku ni..aku sakit ni...hari-hari kena bantai Malaikat. Aduh...sakitnya...kau tak tahu ke... bercakaplah kita sorang diri. Dari itu tuan-tuan, buatlah sesuatu, biar orang kenang kita sampai bila-bila, jangan sampai anak cucu je. Contohnya kita menjadi guru pada masyarakat di sekitar Bangi. Atau sedekah tanah sekian luas untuk bangunnya masjid atau rumah anak yatim. Jangan pulak tiru Mr.Fir’aun, dia pun orang kenang jugak. Tapi orang nyumpah-nyumpah and kutuk kat dia pasal ngaku jadi Tuhan. Nauzubillah.
WADUH ngeri tuan. Kalau tak caya, cobalah mati...ops,budak kecik jangan coba-coba buat ye.Nahas engko nanti.
IDEA. Adik-adik sekalian, sempena hari guru tahun ini, cikgu ada satu idea buat kamu, apa kata kali ini kamu tulis surat pada guru yang paling kamu sayang dalam 2, 3 orang atau sorang pun tak pe, dalam surat tu kamu tulis lebih kurang gini, (1) cikgu terima kasih cikgu kerana ajar saya selama ini. (2)Minta Maaf cikgu atas salah dan silap saya.(3)Halalkan segala ilmu cikgu dan (4) Doakan saya cikgu agar jadi manusia yang cemerlang macam cikgu.
Dik, guru tu pasti akan terasa hiba sangat, dia akan terharu dan pasti akan menitis air matanya. Serta bertambah sayanglah pada kamu. Cikgu tak kisah macam mana ayat kamu tu, dan cikgu tak peduli macam mana rupa surat kamu tu, kamu tulislah dengan gaya kamu kebudak-budakkan kamu tu, guru itu pasti akan gantung dan tampal surat kamu dalam bilik nya. Lebih-lebih lagi kamu darjah enam. Akan pergi buat selamanya dari sekolah ini tidak berapa lama lagi. Kalau nak bagi hadiah pun cikgu-cikgu tak pernah marahnya, tetapi cikgu bukannya harapkan itu, hanya ingin kamu berjaya dalam pelajaran di sekolah ini, dan jadi manusia yg berguna pada masa akan datang. Berjaya sebagai manusia dan menjadi HAMBA ALLAH yang taat. Berbahgialah kamu, dewasa nanti, mungkin saat itu kamu sudahpun jadi orang ternama dan orang besar, dan mungkin pula saat itu cikgu mu sudah pun berada di alam sana. Selamat tinggal muridku. Bairlah gurumu pula bersemadi dengan tenang, bergembira pulang bertemu Ilahi. Meninggal Dunia Yang Banyak Menipu. Biarlah ibumu tak pedulikan kamu, biarlah bapakmu sibuk mencari duit, siang dan malam tak bertanyapun urusan sekolahmu, ibadah apalagi, walhal kamu sangat haus bimbingan rohani, biarkan ibumu dan ayahmu yang tak solat dan tak pernah ingatkan kamu tentang solat, namun kau jadilah manusia yang berguna. Mari kita menuju syurga bersama orang-orang soleh melalui jalan yang dilalui oleh Nabi dan sahabatnya. Ayuh, kita tinggalkan kepura-puraan hidup di dunia ini. Berkelana di sana. Kekal Abadi dan Hakiki.
Tujuan cikgu supaya kamu tuliskan surat ialah, nanti kita tahulah mana cikgu yang paling disayangi muridnya dan mana yang paling orang tak hingin orang dekat dengannya. Ada tak? Hesy.Ada..Apa pasal, tak tahulah, dia sendiri boleh jawab. KEBAIKANNYA, cikgu tu akan buat perubahan,mana sikap dia yang tak baik, kalau ada lah, kalau tak ada no problem. OK? Don’t worry.
SEJARAH 2006. Cikgu sangat sedih bila ingatkan tahun lepas, bilamana diumumkan keputusan UPSR, 16 orang dapat 5A, ada yang menangis kerana tak dapat 5A, ada yang gembira dengan usaha mereka yang luar biasa mereka dapat jugak 4A, tapi dalam sendu tawa itu, seorang guru tahun 6 berkata seakan mengeluh, katanya begini tak seorang pun parent datang nak ucapkan terima kasih, kita ajar anak dia. Oh kenapa kamu lupakan jasa gurumu. Padahal tanpa guru, manusia mungkin tak akan jadi manusia.
SEMBELIH LEMBU Jangan lupa ye, jangan pulak tunggu lulus 5A baru nak ucapkan terima kasih dan sembelih lembu. Tak lulus dan tak dapat 5A pun tak ape tak salah buat kenduri tu. Kesian lembu, hari-hari makan rumput, tak ada pun orang nak ajak dia ubah stail makan rumput cicah roti gardenia. Campur pulak dengan Justeru, Ops jus madu lebah, bukan Justeru. Kan best kalau ada perubahan. Kata orang anjakan paradigma. Wow, cakap omputeh ke. Tak de la,cakap orang kampung je...Kampung Baru.(Kuala Lumpur)
MOUGLY. Saya nak bawak satu kisah. Ingat tak sebuah kisah di Afrika Selatan, seorang penebang kayu masuk hutan bersama 2 orang anaknya, bila petang dia masih belum siapkan kerjanya kerana banyak, lalu bermalamlah dia dan anak-anaknya yang 2 orang tu di hutan, ketika sedang tidur, dia terkejut lantaran serigala yang datang ke khemahnya terpijak unggun api, rauman serigala membangkitkan lenanya, lalu dia cepat-cepat terkam anaknya seorang dan tertinggal seorang lagi. Nasib baik anak itu tak dimakan serigala, kalau tidak putus telinga dia, akhirnya, serigala bermesyuarat dengan geng kabinetnya dan membuat keputusan anak itu akan dipelihara oleh mereka. Nama budak itu Mougly. Hiduplah dia dengan sekawan serigala didalam hutan rimba beberapa tahun lamanya. Setelah dewasa orang luar masuk ke hutan dan bertemu MOUGLY, dia lari ketakutan, berjalannya macam serigala, makan macam serigala, tidur dan segalanya macam hewan di hutan. Kenapa??? Sebab tiada guru yang mengajarnya selain serigala. Itulah, kalau tiada guru, manusia mungkin jadi seperti .....hewan.
Dan kadang-kadang kita dengar manusia kalau bergaduh, bila nak marah sangat dia akan kata, binatang kau!, kan gitu, tapi tak pula kucing atau haiwan lain kalau bergaduh sesama dia pasal berebut kepala ikan, dia tak sebut manusia kau! Ada ? Tak ada kan.
Baiklah murid, sape yang ada internet dirumah silakan buka httP://afraima.tripod.com disitu ada borang untuk ucapkan selamat hari guru, kamu isi je, mudah dan senang, automatik akan sampai ke emel semua guru. Kalau tak reti suruh dedi kamu yang buat.
DAFTAR. Seterusnya saya mohon lagi, agar tuan-puan daftar sebagai ahli SKBangi-net dengan buka afraima.tripod.com dan disitu jugak ada form untuk daftar, telah saya permudahkan. Jadi mudahlah kerja saya sikit, apa-apa berita tuan terus dapat, ini tak, kadang tu sampai berminggu BULETIN ni tak jugak sampai, anak tu simpan dalam beg. Kenapa la dia tak beria-ia macam kita dulu nak bagi tau ke mak apa-apa berita kat sekolah. Mak dan ayah dia pun satu, tolong gak sekali-sekali buka dan periksa buku-buku anak tu. Banyak kerja tak siap. Kalau ada tanda ? dengan pen merah, hah fahamlah tu.
Tak payah pun, buka dan taip alamat serta emel. Pakai satu jari pun boleh. Senang bin mudah.
Untuk akhirnya, mari kita renungkan sebuah ayat ini yang ”dituangkan” (jangan memahami secara harfiah, tetapi abstrak, cth makan, maknanya masukkan benda dalam mulut, makan angin? Kan lain maknanya ) dalam surah Thoha ayat 124 ; Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingatiku, maka sesungguhnya bagi dia [ma insyatan dhanka] kesusahan dalam hidup didunia ini, dan Kami akan bangkitkan mereka di padang mahsyar dalam keadaan buta matanya.bertanya ia, wahai Tuhanku, kenapa Engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta (dan meraba-raba), padahal aku di dunia dulu adalah orang yang celik. Berkata Tuhan.begitulah nasibmu lantaran sesudah datangnya peringatan dariKu, tetapi engkau buat-buat lupa, dan beginilah engkau Aku jadikan buta pada hari ini. Allahu Akbar.

 5A dan 18 juga 4A. sekolah ni jugak, guru tu jugak dan budak 

Full name:
Email address:
Comment:
  

Komentar pembaca

Enter subhead content here

laman web sekolah

Enter content here

Enter supporting content here