Sekolah ini dibina pada tahun 1924, murid pertamanya ialah Tuan Haji Abbas bin Haji Mohamad. Beliau berasal dari Kampung
Bangi. Pada awal pembukaannya sekolah ini hanya mempunyai 24 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Namun hingga
ke hari ini sudah mencecah ribuan murid yang lahir di sekolah ini. Kini umurnya mencecah 82 tahun. Tentunya sudah ribuan
yang pernah duduk sebumbung di SK Bangi telah pergi. Bagi mengenang jasa mereka yang pernah berkhidmat dan telah pergi buat
selamanya, Al-Fatihah kita sedekahkan untuk mereka. Berikut adalah senarai 13 orang murid awal sekolah ini.
NAMA MANTAN GURU BESAR TAHUN PERKHIDMATAN
++++++++++++++++++++++ ++++++++++++++++++
Tn Hj. Md. Sidin b. Ab.Wahid 13.9.1924 - 31.12.1927
Encik Mohd Jushin 01.01 1928 – 01.04.1929
Encik Mohd Saad b. Sumat 02.04.1929 –31.8.1946
Encik Amin bin Yahya 01.09.1946 - 30.6.1953
Encik Ab.Latif b. Ab.Kadir 05.07.1953 - 15.6.1954
Encik Zainal bin Mahmud 16.06.1954 -21.12.1959
Encik Nordin bin Badu 10.01.1960 - 31.12.1960
Encik Mohd Sari bin Zaid 02.01.1961 - 31.12.1962
Tuan Haji Abdul Rahman 01.01.1963 – 07.09.1969
Encik Abd Rahim bin Tajudin 01.01.1970 – 21.04.1974
Encik Ab.Wahab b. Sinan 22.04.1974 – 30.06.1982
Tuan Haji Idris bin Hj. Ali 01.07.1982 – 12.12.1984
Encik Ismail b. Hj. Sali, PJK,PK 01.01.1985 – 30. 9.1987
En.Khalid b. Sadeh 01.10.1987 – 16.05.1994
Encik Muhammad b. Awang 01.07.1994 – 27.12.2002
Puan Zakiah bt.Haji Idris 28.12.2002 hingga kini
Semua guru besar sebelum ini adalah terdiri dari kaum hawa kecuali guru besar yang terakhir ini ialah seorang perempuan
yang berwibawa dan rajin bekerja Kebetulan ayahnya juga pernah berkhidmat sebagai guru besar disekolah yang sama. Beliau mula
berkhidmat pada Disember 2002 hingga kini.
Dalam pada itu, pihak sekolah turut merasa bangga, ini kerana Pengerusi PIBG sekarang yang juga alumni SK Bangi yaitu
Encik Kamaruzzaman bin Aziz. Seorang yang cukup aktif membantu perkembangan sekolah.
Sekalipun sekolah ini berada dalam kategori sekolah luar bandar, namun telah ramai bekas muridnya yang kini bekerja di
seluruh Malaysia dengan sektor swasta dan kerajaan. Termasuk Encik Firdaus yang kini bertugas sebagai guru matematik di sekolah
ini.
Sejarah Sekolah Kebangsaan Bangi dalam proses penyusunan kembali. Kepada yang pernah bersekolah di sini atau memiliki
sedikit dari bahan sejarah seperti gambar, sudilah kiranya menghantarnya kepada pihak kami untuk dikongsi bersama.


Perjalanan Hidup
Cikgu tak pernah sangka dapat memijak kaki ke bumi Aceh. Di sini cikgu akan bercerita panjang dengan kamu semua. MAri kutip
pengalaman dan jadikan iktibar sepanjang jalan. Semoga kau beroleh kesenangan didunia.
.
|