Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« June 2018 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Announcements
afraima
Monday, 7 May 2007


Posted by afraima at 5:28 PM BST
Post Comment | Permalink
Friday, 20 April 2007
Buletin 2
Topic: Announcements

SYUKUR Apa khabar Tuan-Puan, semua baik? Al-hamdulillah. Nikmat yang sangat hebat kurniaan TUHAN mari kita syukuri.

SELAMAT bertemu kembali dengan bahasa tanpa suara. Dengan diri tanpa wajah. Yang ada hanya kertas dan huruf-huruf, huruf yang bercantum menjadi kalimat, kalimat bersambung menjadi ayat. Terkumpul ayat demi ayat lalu terbentuklah satu rangkai karangan yang melukis kata hati.

TERIMA KASIH Dari 1000 lembaran buletin sulong yang saya edarkan, 67 orang memberi respon, 10 mengucapkan syabas, terima kasih dan menyokong. Ada yang sangat berterima kasih kerana adanya media seperti ini. Harapkan nak pergi sekolah, mana lah ada waktu, bukan mudah nak tinggal kerja, apa lagi kalau tengah sarat mengandung. Tak gitu?

Seorang ibu Puan Norlia Murad dalam smsnya berkata “Tahniah diatas usaha cikgu menerbitkan buletin bimbingan dan kaunseling ini. Walaupun ringkas tapi padat. Teruskan usaha murni dalam  mendidik anak bangsa kita”.

Tahniah juga saya ucapkan kerana memberi semangat pada saya, bukan senang nak cari orang yang boleh menilai dan memuji orang lain. Memuji dalam erti meniup semangat, memberi dorongan dan kekuatan batin. Tidakkah dalam 1000 sms yang saya tunggu, hanya satu dua yang bernada sedemikian. Rupanya susah nak puji orang ni ye. Saya bukan nak kumpul pujian, tapi sekurangnya usaha saya dihargai. Terima kasih kerana memberi respon. Bukan sedikit rasa gembira dan syukur saya pada TUHAN.

Tidak sia-sia usaha sebegini. Kali ini, saya cuba upgrade-kan dari satu halaman menjadi dua.

TINDAKAN & Re-CHECK. Banyak sms yang masuk dengan menyebut masalah anak sekali persis yang saya harapkan. Terus saya panggil esoknya mana yang lebih parah itu yang kita dulukan, setelah sesi hari ini berjalan, besok saya cek lagi. Apa ayah dan mak kamu tahu cikgu panggil kamu semalam? Ya cikgu. Terus apa tindakan mereka. Bapa saya bagi warning, jangan sampai terjadi lagi hal yang sama. Bikin malu bapak saja. Syabas to parent like this. Rupanya masih ada lagi dalam dunia ini ibu dan bapa seperti ini.

CERITA. Saya nak kongsi satu cerita sebelum terjadi di sekolah kita. Seorang ibu dipanggil gara-gara anak perempuannya agak agresif. Nakal lah katakan. Tak padan dengan pompuan. Tak… anak saya baik cikgu, demikian pembelaan ibunya. Nak dijadikan cerita, pada hari terakhir peperiksaan dia tak datang, apalagi sibuklah guru mencari ke sana ke mari. Jelas tak ada, terus hubungi maknya. Dengan nada sebak ibunya menjawab..anak saya bersaalin cikgu…AaPaa? Bersalin? Maa sya Allah. tengok, bukan main hebat anak zaman moden ni, Na’uzubillah, suami tak ada, dah dapat anak, waktu ujian pulak tu, mengalahkan Siti Mariam A.S. Mak Nabi Isa pun tak bersalin macam tu. Hah ambik mak nenek. Anak baik katakan. Jadi janganlah anak kita sampai jadi macam tu, saya bukan nak kata, tapi tengah mengatalah nih.

BOLEH faham? Sayangkan anak itu wajar, malah kewajipan, tapi jangan membela kalau ternyata dia membuat salah. Terimalah dan nasihati dia untuk berubah.. kita ni manusia tak lari dari silap dan salah.

MASALAH. Majoriti masalah yang saya terima dari ibu dan bapa adalah murid tahun 3 dan 4. Sebenarnya tahun ini, di SK Bangi terdapat 2 orang guru bimbingan. Bagi murid sesi petang, Pn.Nurfarizan cekginya, manakala saya cikgu sesi pagi. Namun begitu, ada kalanya terdapat kes yang perlu kami berbincang dan saling duduk bersama. Tuan-puan boleh hubungi beliau di 013-6468588 untuk sebarang masalah anak sesi petang. SMS pun dah cukup. Jangan lupa taip nama anak, kelas dan masalah yang dihadapi.

PROGRESIF. Perlu saya khabarkan, bahawa proses bimbingan dan kaunseling mengambil masa dan kami akan utamakan kes-kes kecemasan, barulah pesakit luar. Macam hospital pulak. Dan perlu juga tahu, kaunseling bukan macam bengkel kereta, asal masuk bengkel, ketuk sana sini, mesti elok dan baru. Tak….tak mesti gitu Pakcik, Mak Cik, kadang-kadang baik juga, tapi hanya 2, 3 hari. Lepas tu jadi lagi.

HARD CORE. Malah ada yang lebih parah. Nasihat dan segala air tawar pun tak mampan. Habis satu kolah air pun mungkin gitu jugak. Ini penyakit yang dimasuki unsur luar, biasanya berkait genetik, rohnya dimasuki unsur syaitan, membesar tanpa didikan agama pulak tu, maaf, bukan semua, tapi ada satu dua orang, jadi kena guna cara lain, terapi alternatif jugalah. Campur air dengan doa, dan tiup sikit-sikit, itupun kalau nak makbul. Kalau tak jadi jugak, saya angkat tangan. Surrender.

Tuan kena cari klinik swasta lain. Dua tahun lepas, 2 orang murid seperti ini kami bawa ke bahagian psikitri. Tahun ini siapa ? Angkat tangan siapa nak. Dan kalau ada  anak tuan-puan yang perlu dirujuk ke psikitri, mari saya bantu. Jangan takut soal bayaran. Itu cerita lain, yang penting anak kita boleh sama dengan kawannya yang lain.

LAWATAN KE RUMAH. Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat perkhidmatan lawatan ke rumah. Itulah guru kaunselor diberi tanggungjawab sepenuh masa. Malam-malam bertandang rumah orang. Tunggu  bukan main lama, mak ayah pergi niaga, bisnessman katakan, terpaksalah aku melangkah balik akhirnya. Dahlah telefon dalam data tu tak terpakai lagi. Tuan-puan tolong updatekan nombor telefon latest. Saya bimbang ada hal penting, tuan tak dapat dihubungi. Contoh anak kena sawan kat sekolah. Macam mana kami hubungi? Sedang nombor HP nya corrupted.

Tahun lepas adalah dalam 15 kali lawatan ke rumah saya lakukan. Lawatan ini adalah bersifat rasmi, di tulis dalam buku nota isi perbincangan, ditaip dan dan laporkan. Kenapa ? Tidak lain dan tidak bukan, majoriti masalah tidak siap kerja sekolah, tidak hadir berkala, dengan kata lain ponteng. Jadi jangan sampai tahun ini guru kaunseling datang ke rumah tuan dengan berkelit fail.  Kalau datang pun, tak pe, kan rezeki tu namanya, sekian ribuan murid di sekolah ini, rumah anda saya kunjungi. Kan kedatangan tamu membawa seribu barakah dan pulangnya membawa seribu keampunan. Ingat tu.

Tuan puan tahu tak? Tiap hari Sabtu ada kelas tambahan pemulihan secara percuma dijalankan. Para guru adalah pensyarah dari KUIS. Datang dengan perasaan yang sangat mulia untuk mendidik diaorang. Tak datang kecuali 2 orang tahun lima dan 2 orang perwakilan tahun 6. nak periksa tu tahun ni. Apalah budak ni. OK. Sebagai tindakan, saya arahkan mak ayah dia orang datang ke sekolah dalam masa 14 hari. Kita nak bincang dan nak tengok berapa kerat dari 20 orang yang datang. Hasilnya saya akan dedahkan buletin akan datang. Tengoklah mak ayah, tak kesian ke cikgu korban masa cuti datang nak mengajar, berbaloi ke dengan hanya 4 lima orang yang datang. Pastu, geram kat sekolah lah.

REKOD. Sekolah kita punya rekod tahun lepas. Dari 8 orang dapat 5A 2005, kita dapat tingkat 100% 2006. 16 orang gegarkan nama sekolah dengan 5A dan 18 juga 4A. sekolah ni jugak, guru tu jugak dan budak kampung ni jugak. Tak setuju saya kata budak kampung? OK lah budak bandar. Bandar Seri Putera.

PERANAN MAK DAN AYAH. Saya kesian pada anak murid yang sudahlah tertinggal dalam pelajaran, mak dan ayah pula tak bantu pun. Macam mana nak bantu cikgu? Alah… senang aje, tolong tanya dia hari ini ada kerja sekolah atau rumah ke tak, jangan main percaya je. Bukak beg diorang, tengok mana buku tulis yang kosong, aik ini apa, siapkan! Siapkan! Berkali-kali tanda amaran cikgu bagi. Buku ni pulak baru 2 helai, apa kau sekolah dah 3 bulan baru selai tulis, sekolah ape ke bende? Tanya dia betul-betul. Kasi amaran, mak nak telefon cikgu Asnah ni, betulke tak de kerja rumah. Mana mak ada nombor cikgu tu? Tak ade ye, baik sekarang mak telefon cikgu Hisham tok tit, tot tit, 0132641189…cikgu, maaf cikgu takut ganggu, boleh saya dapatkan nombor cikgu Asnah. Hah macam tulah mendidik anak zaman moden ni, kena drastik sikit.  Tak mainlah macam dulu. Dulu kan lain, sekarang lain. Kena guna kemudahan yang ada.

Nah, tuan-tuan boleh melawat internet www.skbangi.net. Itu sekolah punya. Saya pun dah daftar streamyx, nak berbincang tuan-puan yang sibuk macam VIP. Lawatlah dan berikan respon yang berguna ke afraima@yahoo.com

TOLONG. Tuan-puan, sesibuk apa pun, tolong tengokkan buku dia orang, kami tak sempat nak jaga semua 43 orang. Demi TUHAN Pencipta diri tuan-puan, bukan main susah mendidik makhluk yang nama manusia ni. Mana yang hantar buku kerja, cikgu right, mana yang tak hantar dengan seribu satu macam alasan, cikgu akan biarkan. Kalau macam ni terjadi, nasiblah dia. Orang macam ni, susah  nak maju seperti orang lain. Apa tidaknya, kalau 3 bulan masih selalu tak siap kerja sekolah. Jadi kena berubah dan kejar masa kembali. Boleh ke…apa tidaknya.

Tuan-puan yang budiman, dalam mendidik anak ni kena ada rasa kurang percaya sikit, omputeh kata prasangka, bukan apa, demi kebaikannya jugak. Jangan main percaya 100 percent, kalau tidak macam budak pompuan tadilah, mau begitu? Saya rasa sape pun tak mau kan.

Kalau begitu, apa metode yang paling praktis untuk kita amalkan? Bomoh? Air Tawar? Tangkai Azimat? Bukan…, bukan mak, ayah. Kembalilah pada agama, bagi anak kita dorongan, motivasi dan nasihat. Ad-Diinun Nasihah. Agama inikan nasihat.

KAUNSELING BERFOKUS. Arahan baru meminta seluruh Guru Bimbingan melaksanakan program ini. 10 orang murid harapan 5A, 20 orang murid GALUS, 10 suka ponteng, 10 suka buli, dan 10 perokok. Saya sedang mencari orang yang layak menduduki tempat tersebut. Kalau anak tuan salah seorang, bersyukurlah, sebab dia sedang dibimbing. Kalau tidak pun, bersyukur jugak, sebab dia bukan anak agresif.

BERITA SEMASA. Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Raja Khariyah berasal dari Perak yang sempat melangsungkan perkahwinan-nya ketika cuti penggal baru ni. Semoga selamat dan bahagia sampai ke negeri akhirat. Begitulah hidup ini, akan ada perubahan dan anjakan, walau tanpa kita sedari, masa itu berjalan, dan setiap hari kita sedang meniti titian usia. Jadi, saya mengajak tuan-puan untuk merenungi akhir hidup ini, kemana kita dan adakah anak cucu kita anak kenang dan baca Fatihah untuk kita disaat jasad kita jauh didalam tanah. Walhal mereka semua sudah pun berumahtangga...Fikir-fikirkanlah.

 

 


Posted by afraima at 1:05 PM BST
Updated: Friday, 20 April 2007 1:12 PM BST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older